counter.bloke.com
|
HEI…. SILAP DUSUKI AHMAD DENGAN HJ
NAKHAIE BAGI NASIHAT.....
Pengulu Kg. Ulu Cekau
HEI…. SILAP DUSUKI AHMAD DENGAN HJ NAKHAIE BAGI NASIHAT KAT PM!!”…
Sebut
cerita Presiden UMNO cakap pasal “Melayu Baru” tu, orang UMNO kat Kg. Ulu
Cekau nih makin kelamkabut! Bercelaru!!
Kata PM, kalau nak jadi Melayu Baru
mesti jangan kaki minum, tahi judi, kaki perempuan, jangan menolak agama Islam dan
adat resam, kuat pegangan kepada Islam, amanah, tidak mungkir janji, ikhlas,
berfikiran waras … bla..bla.. Nampaknya masjid-masjid dah mula ramai orang UMNO
datang Kuliyah.
Tiap-tiap kuliyah Subuh dan Maghrib, ramai orang UMNO yang
bawak bini dengan anak-anak. Kata mamat yang sorang tu, dia nak latih anak-anaknya
jadi Melayu Baru. Mamat yang sorang pun nak buat camtu jugak. Hebohlah tiap-tiap
petang. Ustaz yang digarenti UMNO yang best pasal Islam tu pun kata gak…’orang
Islam mesti kuat hadapi cabaran. Jangan takut. Allah mesti menyebelahi orang yang
benar’..!!
Sekarang dah ramai yang bersemangat. Dah ada yang berani
menghadapi cabaran. Kalau dalam mesyuarat UMNO Cawangan, dah ramai yang bantah
cakap Ketua Cawangan. Dulu kalau ada isu-isu, kalau Ketua Cawangan tersepit…
heheh..dia nanti kata, “Itu arahan Datuk Seri Presiden”. Semua senyap.
Sekarang
dah lain macam. Memang ramai yang berani membangkang. Lawan tetap lawan!! Hehe..
Kata diorang, “Kita mesti berani menghadapi cabaran. Itu Datuk Seri Presiden
kata…”.
Dalam satu mesyuarat Cawangan, satu usul dibangkitkan, kata
kawan tuh, “Presiden kita ni macam dah SEWEL aje. Saya cadang dia letak jawatan.
Amacam?”. Terperanjat Ketua Cawangan. Lalu katanya, “Apasal nak suruh dia
letak jawatan? Kan dia menang tak bertanding?….”
Kawan tu bangkit. Dia
jawap selamba ajerr..”Sebab tu laaaa…!! Makin lama Presiden kita tu macam
orang sewel aja.. Mana ada dalam demokrasi cerita menang tak bertanding. Cuba dia
tanding, entah-entah Ibrahim Ali pun boleh menang… hehehe…” katanya sambil
gelak. Perlilah tuh!
Ketua Cawangan bangun tumbok meja. Melalak suaranya.
Katanya, “Itu macam ke orang Islam, tak nak bersyukur kat Presiden?” Bukan
main berang lagi.
Tapi Mamat tadi cakap selamba ajer, katanya,
“Hehehe…Datuk Seri Presiden kata…kalu nak jadi Melayu Baru kita mesti
“bertolak ansur”. Nampaknya Ketua Cawangan terus marah, tumbok meja…tak tau
tolak ansur ke?” dia sengeh ketawa.
Dia sambung lagi, “Napa ketua
Cawangan sebut pasa Islam tuh? Presiden kata …”jangan mudah menuduh orang
Islam lain sebagai tidak Islam”. Yang Ketua Cawangan sampai tumbok meja ni
apsal? Tak nak jadi “Melayu Baru” ke? Nampaknya Ketua Cawangan ni dah lawan
perentah Datuk Seri Presiden !! Ustaz yang cermah Kuliyah Subuh pun cakap macam tu
gak. Jadi, saya cadangkan usul… sebelum kita bawak usul pecat Presiden, kita
pecat dulu Ketua Cawangan…hehehe..!!!”
Orang semua gelak…
“SETUJUUUU…!!” Tepok.. Gamat satu Dewan.
Bila mesyuarat selesai Ketua
Cawangan tadi pun telefon Khalil Yakob PWTC, bagi warning siang-siang…katanya,
”Kalau Tan Sri nak tau orang kita kat Pahang ni semua nak jadi “Melayu
Baru”…
Khalil jawab, “Baguslah…” Khalil bukan main suka hati,
sebab cakap Presiden orang UMNO ikut.
Jawab dek Ketua Cawangan tu,
“Hei..Tan Sri jangan tak tau, diorang sekarang dah berani mengahadapi cabaran.
Khalil
jawab, “Ye ke? Itu cukup bagus. Senang lawan PAS”…
Ketua Cawangan tu
balas, “Senang lawan PAS apa Tan Sri…Dia suruh saya sendiri letak
jawatan…”
Khalil pun jawab, “Tak apelah. Pemimpin pergi, pemimpin
datang…..!!”
Ketua Cawangan dari sebelah sini jawab, “Ya lahhh.. Tak
apelah. Pemimpin pergi, pemimpin datang Tan Sri kataaa…..!! Tan Sri jangan tak
tau… Diorang sekang ni nak bawak usul Perhimpunan Mei nih… suruh Presiden
Parti letak jawatan..”
Terloncat Khalil dari kerusinya. Macam nak
tumbang! “Amacam tu sangat pulakkk…?”, katanya Khalil.
Jawab Ketua
Cawngan “Diorang kata…macam Tan Sri cakap tulah…!! Tak apelaaaaah. Pemimpin
pergi, pemimpin datang…..!! Dr. Mahathir MESTIlah sanggup menerima CABARAN. Kalu
tak Presiden yang mula-sekali dikhatankan masuk mazhab UMNO jenis “Melayu
Baru”, siapa lagi yang nak mulakan…. Diorang sekarang dah selalu pergi masjid
dengan kuliyah. Ustaz pun ada cakap… Amacam..??”
Khalil termenung..!!
Katanya dalam hati, “Hei….Dusuki Ahmad dengan Hj Nakhaie.. Silap dia bagi
nasihat kat PM!! Nampaknya fatwa dah makan tuan.. Tak kan bagi peraturan orang
UMNO tak leh nak gi masjid dengan Ceramah ugama pulakkk? ”…Makin gatal kepala
Khalil!
Hehehe… |